Wahai engkau yang dilahirkan di atas ranjang kesengsaraan, diberi makan pada
dada penurunan nilai, yang bermain sebagai seorang anak di rumah tirani, engkau
yang memakan roti basimu dengan keluhan dan meminum air keruhmu bercampur dengan
airmata yang getir.
Wahai askar yang diperintah oleh hukum yang tidak
adil oleh lelaki yang meninggalkan isterinya, anak-anaknya yang masih kecil,
sahabat-sahabatnya, dan memasuki gelanggang kematian demi kepentingan cita-cita,
yang mereka sebut 'keperluan'.
Wahai penyair yang hidup sebagai orang
asing di kampung halamannya, tak dikenali di antara mereka yang mengenalinya,
yang hanya berhasrat untuk hidup di atas sampah masyarakat dan dari tinggalan
atas permintaan dunia yang hanya tinta dan kertas.
Wahai tawanan yang
dilemparkan ke dalam kegelapan kerana kejahatan kecil yang dibuat seumpama
kejahatan besar oleh mereka yang membalas kejahatan dengan kejahatan, dibuang
dengan kebijaksanaan yang ingin mempertahankan hak melalui cara-cara yang
keliru.
Dan engkau, Wahai wanita yang malang, yang kepadanya Tuhan
menganugerahkan kecantikan. Masa muda yang tidak setia memandangnya dan
mengekorimu, memperdayakan engkau, menanggung kemiskinanmu dengan emas. Ketika
kau menyerah padanya, dia meninggalkanmu. Kau serupa mangsa yang gementar dalam
cakar-cakar penurunan nilai dan keadaan yang menyedihkan.
Dan kalian,
teman-temanku yang rendah hati, para martir bagi hukum buatan manusia. Kau
bersedih, dan kesedihanmu adalah akibat dari kebiadaban yang hebat, dari
ketidakadilan sang hakim, dari licik si kaya, dan dari keegoisan hamba demi hawa
nafsunya
Jangan putus asa, kerana di sebalik ketidakadilan dunia ini, di
balik persoalan, di balik awan gemawan, di balik bumi, di balik semua hal ada
suatu kekuatan yang tak lain adalah seluruh kadilan, segenap kelembutan, semua
kesopanan, segenap cinta kasih.
Engkau laksana bunga yang tumbuh dalam
bayangan. Segera angin yang lembut akan bertiup dan membawa bijianmu memasuki
cahaya matahari tempat mereka yang akan menjalani suatu kehidupan
indah.
Engkau laksana pepohonan telanjang yang rendah kerana berat dan
bersama salju musim dingin. Lalu musim bunga akan tiba menyelimutimu dengan
dedaunan hijau dan berair banyak.
Kebenaran akan mengoyak tabir airmata
yang menyembunyikan senyumanmu. Saudaraku, kuucapkan selamat datang padamu dan
kuanggap hina para penindasmu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar